Wednesday, December 26

National Service

P.L.K.N. siapa yang takpernah dengar pasal PLKN? 
sumpah penipu besar! 

so harini I, aku, saya, kita, Ninis (Ini lah masalah kalau tulis melayu. what should I address myself? I boleh I?)  nak story sikit lah pengalaman pergi PLKN ni.
okay I tahu most of U olls yang dapat PLKN ni mesti macam memberontak gilakan?
my advice, DON'T BE!.
PLKN SANGAT MENARIK! 
sumpah tak tipu. :)

sebelum ni I dah plan nak buat video tentang tips di PLKN, malang sekali ia sekadar mimpi. Susah nak cari photographer U olls. tapi I dah buat persiapan sesikit lah untuk video tu. jadi, inilah tips-tips nya ;


So nanti, korang akan di pecah kan ikut kompeni. Jadi mestilah ada ketua kompeni atau apapun lah nama dia. sangat sangat penting untuk dengar arahan dia. dia diberi perintah untuk mengarah U olls. so akur je dengan arahan tu.


Setiap hari akan ada pemeriksaan dorm, jadi sangat penting untuk menegangkan katil sebelum tinggalkan dorm. benda ni takde masalah sangat untuk yang dah biasa duduk di asrama, tapi kepada yang tak biasa, sila lah berlatih dari sekarang :)
memang aktiviti di PLKN sangat memenatkan, namun tak bermaksud U olls boleh ambil makanan lebih dari di tetapkan. as AJK makanan, memang pening sangat bila orang nak makanan lebih ni. bertimbang rasa lah sikit dengan orang lain. Tunggu lah semua dah ambil makanan masing masing baru boleh ambil lebih.


 Ni mesti ramai tak paham dengan term KKJ ni kan? waktu mula mula masuk akan ada aktiviti KKJ, 'Kontrak Kita Janji' dimana kita akan mereka nama kompeni, bendera, logo, misi dan visi dan sebagainya. Namun, aktiviti KKJ ni akan bersambungan apabila si jejaka berjumpa dengan si gadis di mana akan tercetusnya kontrak 3 bulan sesama mereka. paham kah maksudnya itu? pikir pikirkan lah :)


Pengurusan masa sangat penting ye U olls, kerana masa yang diberikan untuk mengurus diri selalu memang singkat. so, kita kena lah pandai menguruskan masa. bangun kena awal, mandi jangan lama sangat, curi masa untuk basuh baju.


 rungutan paling famous lah dari peserta PLKN ini ialah kawad tengah panas dan kulit jadi hitam. chill lah U olls, tak mati pun weh kawad ni! Angkat kaki, kiri, kanan, kiri, dah habis. takde hal lah. sebenarnya kawad ni best tau. akan sampai satu masa U olls rindu kawad selepas keluar dari PLKN.


please, please, please mandi lah kalian sebelum kalian dimandikan! Masa yang pendek tu bukan alasan U olls tak mandi okay. Aktiviti kat sana memang akan mengeluarkan pelbagai bauan dari badan masing masing, jadi mandi itu sangat lahhh penting. Bukan sahaja untuk menjaga nama anda malah menjaga alam sekitar dari pencemaran bau.


Kawan, siapa yang tak nak berkawan kan? berkawan lah dengan semua orang. luangkanlah masa 3 bulan ini mengenali semua orang. tak rugi pun dapat ramai kawan ni. plus, jangan sesekali cari musuh, takde faedah. kalau orang buat salah, maafkan je. lagi ramai musuh, lagi terseksa rasa duduk kat kem.


kerjasama. apa nak cakap pasal kerjasama? kerja je lah sama sama. jangan ikut kepala sendiri je. sumpah menyusahkan orang nanti. itu sahaja. haha!





Last but not least ;
 
...................................................................................................................


one of the greatest memories that I will always treasure.

5 comments:

  1. ninis. kau dapat 1st intake ke dulu?

    ReplyDelete
  2. Aimi: haah. aku first intake :)

    Ojan: kau diam lah dohh! hahaha.

    ReplyDelete
  3. Good answer back in гetuгn οf thіѕ dіfficulty
    ωith genuinе аrguments and desсribing evеrything
    about that.

    Нere is my web-sіtе ... nootropic ingredients
    Feel free to surf my page : what is a nootropic

    ReplyDelete
  4. Нοwdy! Do уou know if they make any plugins to hеlp wіth SEO?
    I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing νery gοod success.
    If you knοw of any please share. Apрrеcіate іt!


    my wеbsite - HTTP://www.biggreeneggmanual.com/the-big-green-egg-the-only-grill-you-need/
    My webpage ; just click the up coming internet page

    ReplyDelete